Thursday, November 4, 2010

saingan UEFA CHAMPION LEAGUE semakin mencabar

WHO WILL WIN??


Menanti detik yang penuh menakjubkan..menonton aksi-aksi bertaraf dunia...hanya yang terbaik mampu bergelar juara...


Inilah kegilaan aku...menonton bola sepak..
masuk je musim baru UEFA CHAMPIONS LEAGUE ..mula lah deman nk tgok bola...tapi jika tiada masa kelapangan terpaksa aku mnguruskan urusan ku yg lain...
memandangkan selalunya siaran langsung untuk saingan liga juara-juara eropah ni berlangsung seawal pagi lagi...
terpaksa  lah aku berjaga dan menahan rase mengantuk tu...
Lionel Messi
rasenya lebih berbaloi daripada bermimpi apabila menyaksikan aksi-aksi hebat yang memukau yang dipamerkan oleh bintang-bintang bola sepak yang berkelas dunia...lagi-lagi rasa lebih teruja bila menyaksikan pasukan pilihan aku beraksi time tu...pasukan kegemaran  aku adalah Barcelona..harap Barcelona boleh bergelar juara musim ni untuk mengulang aksi musim 2008/2009 sebagai juara..dan untuk melupakan terus aksi mengecewakan musim lalu yang hanya mampu melangkah ke pusingan separuh akhir apabila tewas kpd Inter MIlan..pasti  kehadiran Messi menjadi watak penting di dalam pasukan disamping dibantu pemain-pemain lain sperti David Villa,Pedro,xavi,inesta,puyol untuk menjana kekuatan pasukan menghadapi pasukan lawan.
Iniesta


David Villa



Samuel Eto'o
Tetapi tidak boleh dilupakan saingan dari pasukan-pasukan lain yang pasti akan mencabar terutama dari Juara Bertahan iaitu Inter Milan.Yang Pasti ingin mempertahan mahkota yang dimenangi musim lalu..kini Inter milan yang di perkuatkan dengan bekas penyerang Barcelona iaitu samuel Eto'o pasti akan menjadi senjata ampuh mereka untuk memusnahkan impian pasukan lain untuk bergelar juara.




Di'Maria Dan Banzima


Cristiano Ronaldo
Gonzalo Higuain


Pasukan yang sarat dengan bintang-bintang terkenal dunia iaitu Real Madrid pasti ingin menyaingi pasukan lain untuk merebut piala paling berprestif di benua Eropah itu.Barisan Bintang Madrid seperti Cristiano Ronaldo,Karim Benzima,Gonzalo Higuen,Di Maria,Ozil yang sememangnya di kenali sebagai Pemain bintang Bertaraf Dunia..semestinya mahu memastikan "the glaticos" itu menjulang kejuaraan musim ini di bawah kendalian bos baru madrid Roman Ibrahimovic..




Sementara itu tidak dilupa saingan daripada Gergasi-gergasi Liga Inggeris yang mungkin akan memberi saingan yang lebih menarik kepada pasukan gergasi Eropah yang lain untuk merebut tahkta musim ini.  Antara yang membawa saingan untuk Liga Inggeris adalah Chelsea,Manchester United , Arsenal dan Totthenham Hotspur .






Kalou


Drogba
Bagi Chelsea yang menaruhkan harapan kepada ayam tambatannya iaitu Didier Drogba untuk terus merobek pintu gol lawan sambil dibantu rangkaian pemain yang berpengalaman  yang lain
antaranya Frank Lampard,John Terry,Maluda,Essien,Peter Cech,Salomon Kalou..


Barbatov
Manakala bagi Pasukan "red Devils" pasti masih menunggu penyerang utama mereka yang masih belum pulih daripada kecederaan iaitu wayne Rooney yang memakan masa yang agak lama untuk kembali cergas .Kini harapan disandar kepada penyerang utama mereka sekarang Dimiter Berbatov dan bintang Mexico, Chicharito atau Javier Harnandez . Sementara  itu  kelincahan Nani amat diperlukan M.U untuk mengucar kacir pertahan lawan dan terus memberi peluang mendapatkan jaringan .


Nani


Chicharito













Fabregas



Nasri
Skuad Arsene Wenger pasti tidak mahu  mengigit jari menyaksikan  pasukan lain menjuarai Mahkota Liga Juara-juara Eropah musim ini. Berbekal dengan semangat pemain-pemain muda yang berbakat pasti mereka telah mempunyai strategi tersendiri untuk menumpaskan pasukan handalan dunia yang lain. Kembalinya ketua pasukan mereka iaitu cesc Fabregas dalam pasukan selepas mengalami kecederaan  pasti membangkitkan semangat kepada pemain lain untuk terus berjuang . Semangat dan kerajinan yang ditunjukan pemain-pemain  Arsenal seperti Samir Nasri, Marouane Chamakh , Arshavin,sagnal  amatlah dipuji. 




Walaubagaimanapn pasukan-pasukan lain pasti mempunyai senjata tersendiri untuk menyaingi pasukan-pasukan pilihan yang lain untuk merebut mahkota kejuaraan pada musim ini.Kita saksikan kebangkitan pasukan-pasukan yang dulu pernah mewarnai trofi kemenangan seperti AC milan ,Baryen Munchen , As Roma dan  Pasukan-pasukan yang lain yang pasti akan memberi saingan yang hebat untuk merebut Piala idaman ini. 
Ronaldinho (Ac Milan)


Bale (Totthenham Hotspur )
Robben (Baryen Munchen)



Ape-ape pn pastikan anda mengikuti kehangatan ini hingga ke akhir saingan,pasti ada pelbagai kejutan yang mungkin berlaku...sama-sama kita tunggu dan nantikan mampukah Inter Milan mempertahankan kejuaraan musim lalu.. siapakah yang layak bergelar juara baru pada musim ini sama-samalah kita nantikan...wassalam.....

No comments:

Post a Comment